Friday, June 10, 2011

Risiko Dalam Tekanan Hidup

Ramai yang tidak tahu bahawa kehidupan yang serba canggih dan moden kini banyak yang menyembunyikan tekanan hidup.Ada atau tidak itu bergantung kepada individu yang mengalami dan cara mengatasinya.Jangan di ingat orang yang pemurah senyuman itu tiada tekanan atau masalah malahan mereka adalah golongan yang suka berahsia.Berahsia atau meluahkan adalah cara berbeza dan kadangkala yang berahsia itulah amat berbahaya.
Terlalu banyak risikonya bila seseorang itu tidak pandai memainkan peranan untuk menyelesaikan sesuatu konflik.Ia akan mendatangkan kemudaratan pada sistem saraf dan yang paling bahaya dibahagian sistem saraf otak.Dengan ini akan menganggu pemikiran seseorang dan mereka akan melakukan sesuatu di luar kawalan seperti
- Bunuh diri
- Mengancam/ mengugut
- Hilangkan diri
Itu dari aspek perbuatan tapi bagi sudut kesihatan mereka akan cepat merasakan
- Kekejangan
- Loya
- Pengsan
- Murung
-Gila
Yang ditakuti bila seseorang lelaki mengalami tekanan hidup mereka akan membuta tuli mengamuk dan yang mana telah mempunyai keluarga sanggup melepaskan kepada anak dan isteri.Boleh dilihat di media banyak kes dera,memukul,disepak.Tekanan hidup ini berbagai bentuk ada yang takut pada diri sendiri,kurang yakin,cemburu.Ini semua tergolong satu tekanan.Berat atau tidak bergantung pada seseorang.
Sememangnya orang yang merasakan diri penuh dengan tekanan segeralah bermusahabahkan diri dan carilah teman yang di percayai untuk berkongsi.Dalam mencari teman berkongsi juga perlu berhati-hati agar tekanan itu boleh didengari bukan di kritik.

No comments:

Post a Comment