Friday, June 10, 2011

Menangani RaSa MaRaH...

Adakah anda mempunyai sifat marah? disini pihak kami ingin berkongsi serba sedikit tentang topik ini.Kemarahan itu akan hadir tidak kira dimana sekali pun.Ini kerana kemarahan itu adalah salah satu sifat yang wujud bersama perasaan di setiap kejadiaan manusia.Menipulah sekiranya ada yang mengaku mereka tidak suka marah.Sememangnya kemarahan banyak sudut boleh dilihat dan ada juga yang sanggup menyimpan kemarahan mereka didalam hati agar tidak menyakiti orang lain tetapi cara begini akan membahayakan diri sendiri.
Ada sesetengah individu pula dari azali lagi mereka sememangnya mempunyai sifat marah yang tidak terkawal sehingga menjadi panas baran.Dalam sifat panas baran memang tidak boleh siapa yang bantu kecuali diri mereka sendiri yang ingin mengawal atau berubah.Panas baran ini boleh dikategorikan peringkat yang paling teruk dan sesiapa yang ingin membantu mengubahnya perlu bertawakal dan berusaha tanpa mengenal erti putus asa.Tetapi disetiap kejadiaan itu ada kebaikannya kerana apa yang kami lihat kebiasaanya orang yang panas baran mempunyai jiwa yang lembut dalam menangani sesuatu aspek dan mereka akan cepat naik marah bila mereka tidak difahami.
Ada juga yang mengatakan mereka tidak dapat mengawal kemarahan mereka walaupun berhadapan dengan masalah kecil seperti :-
- Rengekan anak kecil
- Di tegur / Di kritik
- Kesesakan lalu lintas
- Kegagalan dalam satu percubaan
Ini semua terjadi disebabkan oleh minda yang mungkin di belenggu dengan banyak masalah sehingga tidak berjaya mengawal emosi sendiri.Hakikatnya mereka sendiri tidak sedar apa yang mereka lakukan untuk melepaskan apa yang mereka rasai.Dengan melihat orang yang cepat memberontak atau mudah merajuk juga boleh mendatangkan rasa marah yang mendalam pada seseorang individu.Oleh itu semua sudut harus dikawal agar kemarahan itu tidak hadir menjadi bara.
Kemarahan kecil berlaku tidak mengenal tujuan tetapi akan mendatangkan musibah tidak kira apa pun yang terjadi.Boleh di lihat di kaca tv atau media bahawa
- Ramai yang sanggup mendera anak mereka hanya kerana hal remeh
- Berdendam sehingga sanggup membuat sesuatu sehingga menghancurkan kehidupan   orang lain
- Merogol disebabkan mencari jalan pintas untuk memiliki
- Cemburu sehingga sanggup membunuh dan berbagai lagi gejala negatif yang boleh dilihat sehingga boleh mengerunkan dan bila di fahami semuanya berpunca dari rasa kemarahan yang tidak dapat di bendung dan ingin mencari jalan keluar demi kepuasan diri tanpa memikirkan keburukan di belakang hari.
Kefahaman tentang kemarahan ini amat umum kerana ia datang secara mendadak tetapi di setiap masalah ada jalan penyelesaiaannya.Untuk mengelakkan rasa marah haruslah sentiasa bermuhasabah diri dan menerima kelemahan diri dalam berbagai sudut.Memahami di setiap patah perkataan yang diungkapkan juga boleh mengurangkan salah sangka dan dapat mengelakkan diri dari sifat marah.Janganlah pula sesekali  mengambil tindakan  melepaskan kemarahan dengan mencari kesalahan atau kelemahan orang lain kerana ini akan mendatangkan kebosanan pada yang menghadapi situasi begini.
Dengan menerima nasihat orang lain juga ada kebaikannya agar sekurang-kurangnya cara begini dapat memahami dan mengenali sikap dan tingkah laku diri sendiri.Kurangkan dari memprotes sesuatu fakta juga boleh membantu dari menghadapi masalah kemarahan kerana setiap kesabaran itu ada batasannya dan tidak semua orang akan memahami sikap kita seratus peratus kerana mereka juga mempunyai perasaan seperti kita.Hargailah diri sendiri itu lebih penting kerana kemarahan itu akan merosakkan jiwa sendiri dan bersabar itu satu sifat yang amat sempurna.

No comments:

Post a Comment